Tuesday, 25 August 2015

B.B.S.T. bibiyesstee!

untuk praktikum fasa satu, pada mulanya, aku dan farah dapat sekolah sk sepang putra.
hati rasa lega lah sikit sebab ramai senior kata sekolah itu okaay. 
then, tiba-tiba, dapat tahu, atasha dan farah kene tukar sekolah. 
sk bandar baru salak tinggi.
baaaanyak yang kami berdua dengar tentang sekolah ni. 
boleh dikatakan satu pun tak ada perkara yang best dekat sekolah tu. 
masing-masing tanya sesama sendiri. "kau nak tukar ke" 
memang mulanya frust dapat sekolah tu, tapi masing-masing tanak tukar sekolah.

"takpelah, kita stay je. kita nak timba pengalaman."
"kau tolong kuatkan aku, aku tolong kuatkan kau"
"apapa jadi dekat sekolah nanti, kita hadap sama-sama."

macam itulah perbualan aku dengan farah. 
1st day masuk, hewhew tipulah kalau cakap semuanya okay sahaja.
1st day Farah kene sound sebab main hp.
1st day, gb cakap dkt Atasha, "tanaklah bagi budak darjah 5 dekat awk, takut rosak budak" 
  kahkah. memang sentap habis. 

hari demi hari dekat sekolah tu, sekejap je dah rasa best sangat2. 
aku tak pastilah apa yang membuatkan aku suka sekolah tu.
aku suka murid-murid aku, 3 budi dan 4 tekun.
3 budi tuuuu murid-muridnya setiap hari buat aku melting. 
baik, comel, bagi kerjasama, manja. 
4 tekun. nakal. nakal amat. 
tapi belum sampai hilang hormat dekat aku. 
ada yang bersungguh-sungguh mahukan ilmu.
ada yang seronok duduk diam menung.
ada yang memang tanak belajar langsung.
susah nak cakap perkara macam ni.
sebab nasib hidup masing-masing berbeza. 
haaa faham-faham jelah apa yang aku maksudkan. 

dekat BBST, jujur cakap, setiappp hari aku busy. 
setiap hari aku tidur dalam pukul 4 ke 5 pagi. 
setiap hari busy dengan rph. and tak sempat langsung nak cheat day. 
bukan tu je, busy dengan latihan sukan, larian mesra, koko, projek, meeting and everything.
yang bestnya, sikit pun tak rasa terbeban atau tertekan. 
even banyak kerja, hati rasa senang, rasa lapang nak buat semua kerja tu. 
salah satu sebabnya mungkin suasana dekat BBST tu sendiri. 
cikgu-cikgu ramah dan baik. 
cikgu-cikgu tak kedekut ilmu.
banyak sangat tunjuk ajar dari cikgu-cikgu sana yang aku rasa berguna dan aku akan ingat sampai bila-bila.
kalau nak list out nama cikgu-cikgu tu memang sampai esok tak habis. 



gb bibiyessstee <3












hari sukan bibiyesssteee <3













3 budi the besttt! dushh! falalalal~~~ <3



ajar grammar 4 tekun paling mencabar, but i love it ! :3


iishqi comel :P


partner in crime <3 sayang farah sangat! 








team bibiyessssteee paling awesome! mmg sekepala habis



with our beloved kak nad <3



pengalaman ajar perbarisan. kalah :D hahahahaha




apa yang penting sekali, banyak ilmu dan pengalaman aku kaut dekat sekolah ni. 
dan jujur aku nak cakap, sebulan pun belum cukup lagi.
apakan daya, hanya sebulan je dapat untuk sekolah bbst ni. 
aku bersyukur, pengalaman praktikum fasa satu aku merupakan satu kepuasan yang teramat sangat.
apa yang aku sedar, bila kita ikhlaskan hati dalam menjalankan tanggungjawab kita, pasti Allah permudahkan segalanya.
dan, jangan dengar cakap orang. kita rasa sendiri. sebab setiap orang pembawakan dirinya berbeza.
 and madam sarah, thankyou for the A grade :') 



No comments:

Post a Comment